Saturday, 16 March 2013

SK MEDAN JAYA CEMERLANG DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2012



SYABAS DAN TAHNIAH :
Penerima Anugerah Penghargaan Pendidikan Khas JPNT 2012
bergambar kenangan bersama EXCO Kebajikan Kerajaan Negeri,
Pengarah Bahagian Pendidikan Khas KPM
dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Kuala Terengganu (16 Mac 2013) : Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) di SK Medan Jaya telah diiktiraf sebagai Program Contoh Tahun 2012.

Guru Besar menerima Anugerah Khas Program Pend. Khas Integrasi Contoh
Tahun 2012 daripada Pengerusi JK Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan 
Wanita Negeri Terengganu, YB Dato' Hj. Yahya bin Khatib Mohamad.



Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah menganugerahkan kepada sekolah ini Anugerah Khas Program Pendidikan Khas Integrasi Contoh 2012 di Majlis Pelancaran Program Keibubapaan Ibu Bapa/Penjaga Murid Pendidikan Khas Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Di majlis yang sama, Cik Azilawati Aziz, guru pendidikan khas dari sekolah ini telah dipilih sebagai penerima Penghargaan Khas Guru OKU Berjasa Tahun 2012.

Dewan Besar Wisma Darul Iman dipenuhi dengan jemputan terdiri daripada
ibu bapa/penjaga murid dan guru-guru.



Johan Hafazan MTQ Kebangsaan (Pendidikan Khas)
memperdengarkan Wahyu Ilahi/ayat-ayat al-Quran.

Tetamu kehormat majlis perasmian.

"Pemimpin Berjiwa Rakyat"

Penerima Penghargaan Khas Guru OKU Berjasa Tahun 2012
Cik Azilawati binti Aziz

Kejayaan Cikgu Azilawati Aziz dirai bersama Guru Besar SK Medan Jaya
dan ibu tersayang.
Majlis berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman dan disempurnakan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Haji Yahya bin Khatib Mohamad yang juga ADUN Pengkalan Berangan, Marang.


Blogger Team mengucapkan syabas dan tahniah di atas penganugerahan tersebut.


arms/berita...

Thursday, 28 February 2013

Lawatan Penanda Aras dari PPKI SK Kompleks Seberang Takir










28 FEB 2013 - PPKI SK Medan Jaya telah menerima lawatan Penanda Aras dari warga PPKI SK Kompleks Seberang Takir. Seramai 9 orang guru, 2 orang PPM dan 25 orang murid PPKI SK Kompleks Seberang Takir telah menyertai lawatan ini. Menurut Pn. Zaharah bt. Samat, GPK PPKI SK Medan Jaya, faktor fizikal iaitu kedudukan kelas PPKI SK Medan Jaya menjadi faktor utama SK Medan Jaya dipilih menjadi sekolah penanda aras bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Negeri Terengganu. Hal ini kerana kelas PPKI SK Medan Jaya berada dalam bangunan yang sama dengan murid-murid aliran perdana dan murid-murid PPKI SK Medan Jaya juga turut menyertai aktiviti-aktiviti bersama murid-murid aliran perdana yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh warga SK Medan Jaya khususnya barisan pengurusan dan warga PPKI SK Medan Jaya yang telah memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan program ini. 


Buat warga PPKI SK Kompleks Seberang Takir, 

"Ambillah mana-mana yang baik dari kami. Andai ada yang kurang baik, tinggalkan saja di sini. Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita" - Pn. Zaharah bt. Samat, GPK PPKI SK Medan Jaya.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Wednesday, 13 February 2013