28 FEB 2013 - PPKI SK Medan Jaya telah menerima lawatan Penanda Aras dari warga PPKI SK Kompleks Seberang Takir. Seramai 9 orang guru, 2 orang PPM dan 25 orang murid PPKI SK Kompleks Seberang Takir telah menyertai lawatan ini. Menurut Pn. Zaharah bt. Samat, GPK PPKI SK Medan Jaya, faktor fizikal iaitu kedudukan kelas PPKI SK Medan Jaya menjadi faktor utama SK Medan Jaya dipilih menjadi sekolah penanda aras bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Negeri Terengganu. Hal ini kerana kelas PPKI SK Medan Jaya berada dalam bangunan yang sama dengan murid-murid aliran perdana dan murid-murid PPKI SK Medan Jaya juga turut menyertai aktiviti-aktiviti bersama murid-murid aliran perdana yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh warga SK Medan Jaya khususnya barisan pengurusan dan warga PPKI SK Medan Jaya yang telah memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan program ini.
Buat warga PPKI SK Kompleks Seberang Takir,
"Ambillah mana-mana yang baik dari kami. Andai ada yang kurang baik, tinggalkan saja di sini. Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita" - Pn. Zaharah bt. Samat, GPK PPKI SK Medan Jaya.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment